I made this widget at MyFlashFetish.com.



I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday 18 October 2011

TAHNIAH KEPADA KAMPUNG PARIT PUTERI MENANGIS

PARIT PUTERI MENANGIS-KAMPUNG KITA TELAH DIPILIH SEBAGAI WAKIL MUKIM AYER BALOI UNTUK PERTANDINGAN DESA CEMERLANG(ADC) PERINGKAT PARLIMEN PONTIAN .
BERHUBUNGAN PERKARA ITU KITA SEBAGAI WARGA KAMPUNG HARUSLAH MEMBERIKAN KOMITMEN TERHADAP PEMBANGUNAN KAMPUNG YANG DICINTAI.UNTUK MAKLUMAN TUAN/PUAN PERTANDINGAN TERSEBUT AKN DINILAI DARUI SEKARANG.DAN PERINGKAT AKHIR PENILAIAN AKAN DIADAKAN DI KAMAPUNG KITA PADA 16/12/2011, HARI JUMAAT JAM 2 PETANG.KAMPUNG KITA JUGA AKAN BERSAING DENGAN KJAMPUNG KAMPUNG YANG LAIN SEPARTI KG.PT.YASSIN,PT.KAHAR,PT.HJ ABDUL RAHMAN DAN 7 KAMPUNG YANG LAIN.SETIAP MUKIM AKAN MENGHANTAR 2 KAMPUNG YANG TERPILIH.MARILAH KITA BERSAMA - SAMA MEMBERIKAN SUMBANGAN TENAGA DAN IDEA SERTA BERDOA, SEMOGA KAMPUNG KITA BERJAYA MENDAPAT JOHAN.

Wednesday 28 September 2011

LIGA SUKAN UNTUK SEMUA




JOHOR BAHRU-25 SEPT,Skuad futsal kampung kita telah mewakili daerah Pontian ke Karnival Liga Sukan Untuk Semua yang berlangsung di Kompleks Sukan Rakan Muda,larkin anjuran Jabatan Belia Dan Sukan Johor.Pasukan kita telah mendapat tempat kedua apabila tewas di tangan daerah Johor Bahru.Majlis penyampaian hadian telah disempurnakan oleh  Datuk zaidon bin Asmuni, Setiausaha (strategik) Menteri Belia Dan Sukan dan mejadi perasmi pada majlis tersebut.Mereka telah berjaya membawa pulang RM 700 , kalung, dan piala pusingan.

SENARAI MENTERI BESAR JOHOR



  1. YAB Dato’ Jaafar bin Muhammad 1886 - 1919
  2. YAB Dato’ Mohamed bin Mahbob 1920 - 1922
  3. YAB Dato’ Abdullah bin Jaafar 1923 - 1928
  4. YAB Dato’ Abdul Hamid bin Yusuf 1931 - 1934
  5. YAB Ungku Abdul Aziz bin Abdul Majid 1935 - 1947
  6. YAB Dato’ Onn Jaafar 1947 - 1950
  7. YAB Dato’ Syed Abd. Kadir bin Mohamed 1952 - 1955
  8. YAB Dato’ Idris bin Ibrahim 1955 - 1959
  9. YAB Tan Sri Hj. Hassan Yunus 1959 - 1967
  10. YAB Tan Sri Othman bin Mohd Saat 1967 - 1982
  11. YAB Datuk Abdul Ajib bin Ahmad 1982 - 1986
  12. YAB Tan Sri Hj. Muhyiddin bin Hj. Yassin 1986 -1995
  13.   YAB Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman 1995 - kini

Friday 23 September 2011



http://www.mdpontian.gov.my

Portal Rasmi Majlis Daerah Pontian

Latar Belakang

Majlis Daerah Pontian telah ditubuhkan pada 01hb November, 1976 di bawah Akta 124 (Akta Sementara) yang kemudiannya diistiharkan sebagai Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan 1976. Pentadbiran Majlis ini merangkumi kawasan seluas 1080 hektar meliputi Bandar Pontian
, Pekan Nanas, Benut, Permas dan Ayer Baloi. Sebelum tertubuhnya Majlis Daerah Pontian, Bandar Pontian ditadbirkan oleh Majlis Bandaran Pontian, sementara Cawangan Pekan Nanas, Benut, Ayer Baloi dan Permas ditadbirkan oleh Majlis Tempatan masing-masing. Sejak penubuhan Majlis Daerah Pontian ini, tiga buah Majlis Tempatan iaitu Majlis Tempatan Pekan Nanas, Majlis Tempatan Benut dan Majlis Tempatan Ayer Baloi dan Majlis Bandaran Pontian telah dimansuhkan dan pentadbirannya diambilalih oleh Majlis Daerah Pontian.

Pentadbiran Majlis Daerah Pontian secara keseluruhannya merangkumi kawasan seluas 19,701 hektar dan kawasan-kawasan 40 rantai kiri/kanan jalanraya utama di daerah Pontian. Walaubagaimanapun pemberian perkhidmatan kebersihan dan lain-lain kemudahan asas adalah seluas lebih kurang 1,280 hektar sahaja. Kawasan-kawasan lain adalah merupakan kawasan yang tertakluk di bawah kawalan majlis dari segi kawasan pembangunan dan pengeluaran lesen perniagaan sahaja.

Semua pegangan-pegangan yang tertakluk di dalam kawasan bercukai adalah dikenakan kadar Cukai Harta yang berbeza mengikuti Syarat-syarat pegangan. Di kawasan ini juga Majlis memberikan perkhidmatan kebersihan dan lain-lain kemudahan asas sebagaimana keperluan penduduk kawasannya berdasarkan peruntukan-peruntukan yang diberi oleh Akta Kerajaan Tempatan.

Dengan ini juga mana-mana bangunan yang didirikan di atas tanah-tanah yang tertakluk di dalam kawasan 40 rantai kiri kanan jalan bertar yang di gazetkan dikuatkuasakan pelan bangunan bagi membina sesebuah bangunan.
Majlis Daerah Pontian
Berkuatkuasa mulai 1hb Februari 1979, Majlis Bandaran dan Majlis-majlis Tempatan telah dirangkumkan di bawah satu pentadbiran iaitu Majlis Derah Pontian melalui Warta Kerajaan J.P.U 1261 di dalam warta yang sama pula menjelaskan sempadan kawasan Majlis Daerah Pontian dengan luas keseluruhannya 2687 ekar termasuk cawangan-cawangannya. Keseluruhan kawasan Majlis Daerah Pontian ditadbir di bawah kuasa yang diberikan di dalam Akta 171 (Akta Kerajaan Tempatan 1976) dengan tidak mengubah sempadan asal Majlis Bandaran dan Majlis Tempatan.

Pengluasan Kawasan Bercukai Bagi Bandar Pontian

Berkuatkusa mulai 14hb Mac 1990, melalui Warta Kerajaan No. 1387, Jilid 34, Bilangan 24 bertarikh 22hb November 1990, kawasan bercukai Majlis Daerah Pontian (bagi Bandar Pontian sahaja) telah diperluaskan sebagaimana Pelan Warta PW 1921 dengan pertambahan seluas 590 ekar.

Kawasan-kawasan yang terlibat adalah sebahagian Jalan Parit Masjid, Jalan Parit Semerah dan Jalan Parit Ibrahim. Perluasan ini tidak melibatkan kawasan Majlis Daerah Pontian bagi cawangan-cawangannya.



 BUNGA KENANGA (CANANGA EDORATA)

Wednesday 21 September 2011

**JOHOR Gerbang Selatan


Johor merupakan negeri paling selatan dan ketiga terbesar di Semenanjung Malaysia. Merangkumi sepuluh buah daerah, Johor menjanjikan pantai yang putih berseri, pulau yang indah, hutan tropika yang masih belum diterokai, gunung-ganang yang menghijau, kelazatan makanan serta pengalaman budaya yang tidak mungkin dapat dilupakan.Johor Bahru, ibu negeri Johor, cukup terkenal di kalangan rakyat Singapura untuk berkunjung pada setiap hujung minggu bagi membeli belah dan menikmati juadah.

Jika anda merupakan peminat sukan golf, Johor merupakan negeri yang mepunyai jumlah padang golf yang tertinggi di Malaysia dan ianya berstatus dunia.

Kepada pencinta keindahan pantai dan peminat sukan air, Johor mempunyai persisiran pantai yang cukup luas dan sekurang-kurangnya 50 buah pulau terdapat di dalam negeri Johor. Antara pulau yang terkenal adalah Pulau Rawa, Pulau Sibu, Pulau Aur, Pulau Besar and Pulau Pemanggil di mana cukup termashur dengan kejernihan air bak kristal, keputihan pasir dan pelbagai hidupan laut yang berwarna-warni. Kesemua faktor tersebut sudah cukup menjanjikan kepuasan untuk menyelam dan melakukan pelbagai aktiviti air.

Pencinta alam akan mendapati seperti berada di syurga apabila berada di Taman Negara Endau Rompin yang terletak di sebelah utara Johor. Ia juga merupakan antara hutan simpan yang masih tinggal dan mungkin antara yang tertua di Malaysia dengan pembentukan batu-bata yang mencecah usia 248 juta tahun. Pulau Kukup iaitu sebuah pulau yang terletak di tenggara Johor, merupakan hutan paya bakau yang kedua terbesar di dunia.

Sesungguhnya banyak lagi destinasi tarikan yang boleh diperolehi di Negeri Johor.

p/s: Sebarang pertanyaan atau penyertaan sila klik gambar portal rasmi di atas.

Wednesday 14 September 2011

MEMPERINGATI DETIK SEJARAH KEMERDEKAAN MALAYSIA

Pilihan raya umum yang pertama ditandingkan pada tahun 1955. Parti-parti seperti PAS, Parti Negara di bawah pimpinan Dato' Onn bin Jaafar, Parti Buruh, Parti Progresif Perak, Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC dan sebagainya bertanding dalam pilihan raya umum tersebut.Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. 1 kerusi lagi dimenangi oleh PAS. Dengan kemenangan dalam pilihan raya, kabinet kerajaan telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri yang pertama.

Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai suatu rombongan ke London untuk membincangkan perkara-perkara mengenai kemerdekaan. Rundingan ini mengambil masa tiga minggu di London. Perjanjian London 1956 ditandatangani pada 8 Februari 1956 yang menyatakan persetujuan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sekembali ke Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan di Melaka.
Pada tahun 1956, suatu Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan. Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel atau lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Reid yang dipengerusi oleh Lord Reid dari Britian terdiri daripada pakar-pakar undang dari negara Komanwel. Laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid dipinda oleh Jawatankuasa Kerja dan diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan.

Bendera Union Jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada tepat pukul 12 malam 31 Ogos 1957. Kemudian, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di Stadium Merdeka. Jemaah Menteri diumumkan juga pada hari pengisytiharan kemerdekaan. 

Pengistiharan Kemerdekaan
Apabila tarikh Kemerdekaan telah ditentukan, Tunku telah mengarah Jabatan Kerja Raya untuk membina sebuah stadium terbuka yang akan dijadikan tempat pengistiharan Kemerdekaan. Tunku memilih sendiri lokasinya, di sebuah bukit yang rendah berdekatan Jalan Birch dan stadium itu dinamakan 'Stadium Merdeka'.
Stadium Merdeka 5.00 pagi, 31 Ogos 1957, hujan turun dengan lebatnya. Dato' Abdul Razak yang melawat Stadium pada pagi itu gelisah dengan takungan air di tengah-tengah padang di mana Askar Melayu akan mengadakan perbarisan kehormat. Dato' Razak adalah Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Persiapan Kemerdekaan dengan Tunku sendiri adalah Pengerusinya.
7.00 pagi, hujan mulai reda. Dato' Razak menalifon Tunku dan melaporkan keadaan di stadium. Beliau mencadangkan agar ketibaan Raja-raja Melayu, Duke serta isteri dan Pesuruhjaya Tinggi dilewatkan satu jam.
9.00 pagi, langit mulai cerah, rintik-rintik hujan semakin mengecil dan hilang dari pandangan. Perabut dan perhiasan mula dibawa keluar dengan kadar segera. Tunku telah bersiap sedia di rumahnya. Berbaju Melayu hitam, berkain samping, berselitkan keris bersarong gading dipinggang serta bertengkolok songket, Tunku menantikan saat untuk bertolak.
Di Stadium Merdeka, Tunku berdiri gagah menerima ketibaan Duke of Gloucester yang memakai pakaian istiadat ketenteraan British berpangkat Field Marshall. 'God Save The Queen' berkumandang ketika Duke of Gloucester yang merupakan pakcik Queen Elizabeth II masuk dan mengambil tempat. Duke telah diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray.
Raja-raja Melayu pula duduk dipayungi oleh sembilan payung kuning, Yang DiPertuan Agong pula duduk di tengah-tengah, di kirinya Tunku dan di kanannya Duke.
Duke kemudiannya menyerah 'Instrumen Kemerdekaan' yang mana merupakan suatu pengakuan British bahawa ia menyerahkan kedaulatan Pulau Pinang dan Melaka kepada negara baru ini dan seterusnya menarik balik 'perlindungan' yang diberikan kepada negeri-negeri Melayu.
Tunku kemudiannya membacakan pengistiharan Kemerdekaan yang antara lainnya menyebut "Dengan nama Allah, Persekutuan Tanah  Melayu untuk selamanya sebuah negara yang demokratik dan Merdeka". Acapkali suaranya tenggelam dan pekikan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh rakyat sebuah negara baru yang lahir dari suatu perjuangan yang suci.
Seorang anak bangsa yang menyaksikan segalanya di depan mata, menghuraikan pengalamannya, Hujan renyai-renyai menghiasi pagi. Tanpa disedari linangan air mata membasahi pipi. Stadium Merdeka dibanjiri oleh anak-anak bangsa yang datang dari setiap pelusuk negeri. Masing-masing hadir dengan harapan yang tinggi. Menjadi saksi, satu peristiwa yang penuh bererti, yang tidak akan dilupai tersemat disanubari sampai mati. Merdeka telah kita miliki 'Merdeka! Merdeka! Merdeka!
 
Perdana Menteri Malaysia Pertama - BAPA KEMERDEKAAN
ALLAHYARHAM TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN ABDUL HAMID HALIMSHAH
( 1957 - 1970)
 
Untuk maklumat lanjut tentang Tunku Abdul Rahman sila klik disini


Allahyarham Mohamed Hamzah, pencipta bendera Malaysia yang kini dikenali sebagai Jalur Gemilang. Bendera Malaysia dicipta pada 1947

Friday 12 August 2011

Bersedekah Dibulan Ramadhan

Allah Ta’ala berfirman: “Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah, sama ada laki-laki mau pun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat-gandakan ganjaran kepada mereka dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Al Hadid: 18) 

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (HR. Tirmidzi, disahihkan Al Albani dalam Sahih At Tirmidzi, 614) 

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sedekah akan memadamkan api siksaan di dalam kubur.” (HR. Thabrani, disahihkan Al Albani dalam Sahih At Targhib, 873) 

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, "Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang berpuasa, iaitu pahala orang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit". (HR al-Tirmizi) 

Diceritakan oleh Ibnu Abbas radhiallahu’anhuma, "Nabi s.a.w adalah manusia paling dermawan dan kemuncak sifat dermawan baginda itu ditunjukkan pada bulan Ramadan." (HR Bukhari)