I made this widget at MyFlashFetish.com.



I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday 19 July 2011

BERSUKAN BERSAMA AGENSI PENGUATKUASA MARITIM MALAYSIA(APMM) WILAYAH SELATAN)

AYER BALOI-Skuad bola sepak Kampung Parit Puteri Menangis telah dijemput untuk mengadakan perlawanan persahabatan bersama Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia Wilayah Selatan yang dilangsungkan di padang Sekolah Menengah Ayer Baloi.Cuaca pada masa itu sangat mencemburui kita kerana hujan lebat dan renyai-renyai,keadaan pandang juga agak licin dan air bertakung menyebabkan permainan berapa lancar.Tetapi dengan semangat yang jitu,pihak lawan  terlebih dahulu memboloskan gawang gol kampung kita,yang dijaga oleh Mohamad Hairuddin Bin Parlan.Selepas itu,skuad kampung kita berjaya memperoleh gol pertama dengan rembatan kencang oleh Mohamad Arsyad Bin Ngateman.Pada minit ke 10 ,gawang kita sekali lagi bolos.Pada minit  ke18,gawang kita telah diboloskan lagi untuk kali ke tiga.Pada minit terakhir,skuad kita telah bejaya memboloskan gawang pihak lawan dengan rembatan leret dari penjuru oleh Mohamad Sharizal Pada babak pertama perlawanan skuad bola sepak APMM telah mendahului jaringan dengan 3-2.Pda babak kedua ,perlawanan agak bersemangat sehingga tiada gol yang dihasilkan kerana pemain bermain dengan baik sekali.Keputusan akhir perlawanan itu ialah 3-2,APMM telah menjuari perlawanan persahabatan tersebut.Semua pihak merasai kehangatan perlawan yang dijalankan dan berpuas hati dengan persembahan dan prestasi yang ditunjukan.

Thursday 7 July 2011

Aktiviti Merapatkan Hubungan


 
P
englibatan golongan wanita dalam pelbagai aktiviti berbentuk kemasyarakatan seperti kelas agama, kelas masakan dan kelas jahitan banyak membantu dalam merapatkan hubungan di antara mereka. Lazimnya, mereka akan berkumpul di masjid untuk kelas agama dan bacaan Yasin pada waktu petang, setiap hari Jumaat. kaum ibu akan berkumpul sama ada di surau-surau ataupun masjid untuk bersama-sama menunaikan solat - solat sunat dan sedikit tazkirah oleh ustazah.

Selain itu, mereka juga turut terlibat dengan kelas anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) pada setiap hari selasa. Aktiviti masakan dan jahitan akan diselang seli mengikut modul yang telah disediakan oleh guru yang bertugas. 

Bersukan Menyihatkan Badan


 
F
utsal merupakan salah satu permainan yang semakin mendapat tempat di hati anak-anak muda di Malaysia. Permainan ini menyamai permainan bola sepak namun apa yang membezakannya ialah pemain adalah di dalam bilangan yang kecil, kira-kira lima orang dalam satu pasukan dan ia dimainkan di gelanggang simen atau padang yang lebih kecil daripada saiz padang bola biasa.

Sejak terbinanya sebuah gelanggang  di Kampung Puteri Menangis, hampir setiap petang ada sahaja anak muda yang akan berkumpul dan berlatih bermain futsal di sini. Selain futsal, ada juga di antara anak muda di kampung ini gemar untuk bermain bola sepak di padang sekolah dan gelanggang takraw yang terletak di dalam kampung. Tidak kira apa juga aktiviti riadah yang dilakukan, yang penting, mereka menjalani kehidupan yang aktif dan tidak terjebak dengan aktiviti yang tidak bermoral dan berfaedah.

Memudahkan Penduduk

 
D
ari aspek kemudahan asas di Kampung Puteri Menangis, ia boleh dikatakan serba lengkap dan memberi keselesaan kepada setiap penduduk. Mereka bukan sahaja boleh menikmati kemudahan bekalan air bersih, malah bekalan elektrik dan talian telefon juga agak lengkap di sini. Jalan raya yang berturap hampir ke segenap kawasan kampung juga memudahkan kenderaan ringan dan berat serta motosikal untuk sampai ke kampung ini. Pihak kerajaan sentiasa prihatin dengan masalah penduduk di kawasan luar bandar dan sentiasa memastikan mereka tidak keciciran dan turut mendapat kemudahan yang sama rata.

Selain kemudahan asas, terdapat juga beberapa kemudahan lain yang disediakan di sini seperti masjid , sekolah rendah, sekolah agama, klinik desa dan perpustakaan. Perpustakaan desa ini dibina untuk memberi kemudahan kepada penduduk kampung untuk mendapat bekalan bahan bacaan ilmiah dan bahan rujukan serta macam-macam lagi seperti kemudahan untuk mengakses Internet. Ia adalah di bawah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan diselia oleh Perpustakaan Awam Negeri Johor. Tidak lupa juga sebuah dewan Homestay yang tersergam indah untuk kegunaan para pelancong yang datang menginap dikampung ini dan digunakan untuk aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.

Masyarakat di sini hidup serba sederhana dan bersyukur dengan setiap kemudahan yang telah disediakan untuk mereka. Penjagaan harta awam dan penyelenggaraan secara berkala juga turut dilakukan oleh penduduk kampung untuk memastikan kemudahan yang telah disediakan sentiasa berada dalam keadaan yang baik. 

Menginap Di Desa


 
H
omestay atau inap desa adalah satu bentuk kemudahan tempat tinggal di mana pelancong akan dapat tinggal bersama keluarga tuan rumah yang terpilih dan berpeluang untuk berinteraksi serta mengalami cara hidup dan budaya masyarakat di kawasan kampung yang didiami. Sebenarnya Program Homestay ini telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia pada tahun 1988 sebagai satu usaha untuk mempelbagaikan produk pelancongan melalui penginapan alternatif kepada pelancong terutamanya dari luar negara.

Program ini juga merupakan satu Pelan Induk Pelancongan Luar Bandar yang bertujuan untuk menggalakkan masyarakat di kawasan luar bandar untuk turut sama terlibat dalam bidang pelancongan. Selain dapat membantu mempromosikan kampung yang terpilih, ia juga dijangka dapat meningkatkan sumber ekonomi penduduk setempat melalui bayaran yang dikenakan kepada pelancong yang tinggal dan menikmati pakej yang disediakan di bawah Program Homestay.

Kampung Puteri Menangis juga merupakan salah sebuah perkampungan Melayu di Johor yang terpilih di bawah Projek Homestay. Di sini, kebanyakan rumah menawarkan perkhidmatan penginapan dan makanan dengan pakej yang sungguh istimewa. Penginapan pelancong ke kampung ini pasti menjanjikan keseronokan yang tidak terhingga.

Tuesday 5 July 2011

CIPTA SEJARAH SENDIRI


PARIT PUTERI MENANGIS - Program Kenduri Sekampung di Dewan Terbuka, Parit Puteri Menangis, Ayer Baloi, mencipta sejarah tersendiri apabila lebih 1,000 tetamu menghadirinya. 

Sajian nasi ambeng yang cukup popular dalam kalangan masyarakat setempat menjadi :hidangan utama dengan sebanyak 250 dulang nasi ambeng disediakan. 

:Program anjuran UMNO Bahagian Pontian ini sempena lawatan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Johari Bahrom. 

Ketua UMNO Bahagian Pontian, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, program berkenaan adalah salah satu pendekatan turun ke padang mendekati masyarakat di luar bandar. 

“Lawatan berkenaan juga diadakan bagi :mengenal pasti usaha masyarakat setempat dalam membangunkan ekonomi berasaskan pertanian termasuklah industri kecil dan sederhana (IKS). 

“Beberapa pihak telah menyuarakan minat untuk menyertai IKS dan bantuan peruntukkan yang diperlukan bagi keperluan seperti bahan mentah dan melatih golongan berkenaan lebih giat dalam IKS diharap dapat diberikan bantuan sewajarnya oleh :kementerian,” katanya. 

Hadir sama, Pegawai Daerah Pontian, Muji Salimon; Pegawai Tadbir Agama Pontian, Mohd Fauzi Bachok; Naib Ketua UMNO Bahagian Pontian, Mohd Jahis Othman dan Ketua Wanita UMNO Bahagian, Aminah Abdullah. 

Hasni berkata, program sebegini juga sesuai dengan lawatan pemimpin pusat bagi melihat sendiri kehidupan masyarakat desa terutama yang melibatkan diri dengan aktiviti pertanian sebagai sumber pendapatan utama. 

Menurutnya, beliau turut gembira dengan kerjasama semua pihak yang bergotong-royong menyediakan hidangan istimewa masyarakat keturunan Jawa iaitu nasi ambeng. 

“Ini menunjukkan semangat gotong-royong masih kekal dalam :kalangan mereka dan sewajarnya perlu menjadi ikutan kepada generasi muda akan datang,” katanya. 

Kerja memasak dijalankan Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kawasan (1) Mukim Ayer Baloi dengan dibantu tiga cawangan UMNO, iaitu Cawangan Puteri Menangis, Parit Gantung dan Sri Puteri. 

Ketua Wanita UMNO Cawangan Puteri Menangis, Siti Arbaiyah Kabeb, 45, berkata, dia bersama ahli serta kaum ibu yang lain menyahut :cabaran berkenaan biarpun hanya diberitahu dalam tempoh yang singkat. 

Menurutnya, dengan semangat gotong-royong yang telah lama menjadi amalan penduduk kampung, semua kerja dapat dilaksanakan dengan baik dan berjalan lancar seperti yang dirancang. 

“Kami gembira kerana UMNO Bahagian Pontian memilih kampung ini sebagai lokasi Program Kenduri Sekampung pada tahun ini,” katanya. 

Siti Arbaiyah berkata, biasanya, sebanyak 10 hingga 15 hidang nasi ambeng, tetapi kali ini ia memerlukan sokongan dan kerjasama semua pihak memandangkan lebih daripada 200 dulang disediakan. 

Sebanyak 100 kilogram (kg) beras; 100 ekor ayam; 30 kelapa bagi membuat serunding; 250 tempe; 200 tauhu dan empat bakul daun ubi untuk membuat ‘urap’, selain tiga ekor kambing serta 130 kg daging lembu bagi menyediakan jamuan berkenaan. 

Program berkenaan dimulakan dengan tahlil ringkas dan doa selamat, kemudiannya tetamu menikmati hidangan nasi ambeng beramai-ramai.

Friday 1 July 2011

Selamat Sentiasa

 
M
elihat dari aspek keselamatan, ia sentiasa berada di bawah tanggungjawab Polis Diraja Malaysia (PDRM). Bagi penduduk di Kampung Puteri Menangis, keselamatan mereka adalah di bawah seliaan Balai Polis Benut. Kedudukan balai ini adalah kira-kira 10 km dari kawasan kampung. Oleh sebab kedudukannya yang berdekatan dan penduduk sentiasa memberi kerjasama yang baik dengan pihak polis, kes jenayah dan keselamatan penduduk masih lagi di peringkat yang terkawal.

Selain pihak polis, penduduk juga turut bergiat aktif dalam Pertubuhan Ikatan Relawan Rakyat atau lebih popular dengan nama RELA. Mempunyai anggota seramai 33 orang, ahli RELA di sini bukan sahaja bertindak sebagai agen keselamatan penduduk, malah turut bergiat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan. Jika diadakan sebarang majlis perkahwinan dan majlis rasmi, mereka akan sama-sama turun padang untuk bergotong royong dan membantu mengawal lalu lintas.

Mereka juga sentiasa mengadakan mesyuarat di rumah ketua platun RELA, Ngateman Kastam untuk membincangkan cara terbaik untuk meningkatkan kawalan dan keselamatan masyarakat setempat. Rondaan secara berperingkat dan berkala dijangka dapat membantu mengurangkan kadar jenayah di sini. 

Pendidikan Asas Kehidupan

S
ekolah Kebangsaan Seri Senang Hati merupakan institusi pendidikan yang terdapat di Kampung Puteri Menangis. Ia merupakan sekolah satu sesi di sebelah pagi dan memberi kemudahan pendidikan untuk kanak-kanak dari umur 7 hingga 12 tahun. Bukan sahaja pelajar dari kalangan anak-anak kampung, malah terdapat juga anak-anak dari kampung sebelah yang turut menuntut ilmu di sini.

Selain itu, kampung ini turut mempunyai sekolah agama untuk pendidikan ilmu agama dan akhirat kepada anak-anak kampung. Biasanya selepas anak-anak ini tamat sesi persekolahan pada sebelah petang, mereka akan belajar mengaji di surau kampung. Pendidikan tidak formal ini adalah untuk memberi pendedahan kepada anak-anak kecil tentang kepentingan mempelajari ilmu akhirat untuk kesenangan mereka di masa hadapan. Terdapat seorang ustazah yang akan mengajar kira-kira 10 hingga 15 orang murid dalam satu-satu masa

Disamping itu,bagi kanak-kanak yang berusia 4 hinga 5 tahun bersekolah di TABIKA Kemas Kampung parit Puteri Menangis.bagi pelajar yang berusia 6 tahun mereka bersekolah di Pra-sekolah Seri Senang Hati dan pada sebelah petang merreka akan belajar tentang ilmu agama di TAJ Sekolah Agama Seri Senang hati

Kesihatan Sentiasa Terjaga

K
linik desa merupakan salah satu pusat perubatan yang dibina di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia untuk rawatan kesihatan kepada penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman. Biasanya, klinik desa akan menawarkan perkhidmatan kesihatan ibu mengandung, kanak-kanak dan rawatan ringan. Klinik Desa Puteri Menangis terletak berdekatan dengan pintu masuk ke Kampung Puteri Menangis dan menjadi pusat rawatan kesihatan setempat penduduk kampung sejak dulu lagi.

Selain mempunyai jururawat masyarakat yang cekap dan peramah, mereka juga turut memberikan rawatan yang cepat dan jika terdapat sebarang kes yang memerlukan rawatan lanjut, pesakit akan dirujuk ke Hospital Pontian yang terletak kira-kira 30 minit pemanduan dari kampung.

Namun, ada juga yang memilih untuk mendapatkan rawatan secara tradisional seperti urutan patah dan sebagainya. Bayaran yang dikenakan adalah mengikut seikhlas hati pelanggan kerana tukang urut tidak mengenakan sebarang bayaran yang tertentu di atas perkhidmatan yang dilakukannya.