I made this widget at MyFlashFetish.com.



I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday 7 July 2011

Menginap Di Desa


 
H
omestay atau inap desa adalah satu bentuk kemudahan tempat tinggal di mana pelancong akan dapat tinggal bersama keluarga tuan rumah yang terpilih dan berpeluang untuk berinteraksi serta mengalami cara hidup dan budaya masyarakat di kawasan kampung yang didiami. Sebenarnya Program Homestay ini telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia pada tahun 1988 sebagai satu usaha untuk mempelbagaikan produk pelancongan melalui penginapan alternatif kepada pelancong terutamanya dari luar negara.

Program ini juga merupakan satu Pelan Induk Pelancongan Luar Bandar yang bertujuan untuk menggalakkan masyarakat di kawasan luar bandar untuk turut sama terlibat dalam bidang pelancongan. Selain dapat membantu mempromosikan kampung yang terpilih, ia juga dijangka dapat meningkatkan sumber ekonomi penduduk setempat melalui bayaran yang dikenakan kepada pelancong yang tinggal dan menikmati pakej yang disediakan di bawah Program Homestay.

Kampung Puteri Menangis juga merupakan salah sebuah perkampungan Melayu di Johor yang terpilih di bawah Projek Homestay. Di sini, kebanyakan rumah menawarkan perkhidmatan penginapan dan makanan dengan pakej yang sungguh istimewa. Penginapan pelancong ke kampung ini pasti menjanjikan keseronokan yang tidak terhingga.

No comments:

Post a Comment