I made this widget at MyFlashFetish.com.



I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday 7 July 2011

Memudahkan Penduduk

 
D
ari aspek kemudahan asas di Kampung Puteri Menangis, ia boleh dikatakan serba lengkap dan memberi keselesaan kepada setiap penduduk. Mereka bukan sahaja boleh menikmati kemudahan bekalan air bersih, malah bekalan elektrik dan talian telefon juga agak lengkap di sini. Jalan raya yang berturap hampir ke segenap kawasan kampung juga memudahkan kenderaan ringan dan berat serta motosikal untuk sampai ke kampung ini. Pihak kerajaan sentiasa prihatin dengan masalah penduduk di kawasan luar bandar dan sentiasa memastikan mereka tidak keciciran dan turut mendapat kemudahan yang sama rata.

Selain kemudahan asas, terdapat juga beberapa kemudahan lain yang disediakan di sini seperti masjid , sekolah rendah, sekolah agama, klinik desa dan perpustakaan. Perpustakaan desa ini dibina untuk memberi kemudahan kepada penduduk kampung untuk mendapat bekalan bahan bacaan ilmiah dan bahan rujukan serta macam-macam lagi seperti kemudahan untuk mengakses Internet. Ia adalah di bawah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan diselia oleh Perpustakaan Awam Negeri Johor. Tidak lupa juga sebuah dewan Homestay yang tersergam indah untuk kegunaan para pelancong yang datang menginap dikampung ini dan digunakan untuk aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.

Masyarakat di sini hidup serba sederhana dan bersyukur dengan setiap kemudahan yang telah disediakan untuk mereka. Penjagaan harta awam dan penyelenggaraan secara berkala juga turut dilakukan oleh penduduk kampung untuk memastikan kemudahan yang telah disediakan sentiasa berada dalam keadaan yang baik. 

No comments:

Post a Comment