I made this widget at MyFlashFetish.com.



I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday 1 July 2011

Selamat Sentiasa

 
M
elihat dari aspek keselamatan, ia sentiasa berada di bawah tanggungjawab Polis Diraja Malaysia (PDRM). Bagi penduduk di Kampung Puteri Menangis, keselamatan mereka adalah di bawah seliaan Balai Polis Benut. Kedudukan balai ini adalah kira-kira 10 km dari kawasan kampung. Oleh sebab kedudukannya yang berdekatan dan penduduk sentiasa memberi kerjasama yang baik dengan pihak polis, kes jenayah dan keselamatan penduduk masih lagi di peringkat yang terkawal.

Selain pihak polis, penduduk juga turut bergiat aktif dalam Pertubuhan Ikatan Relawan Rakyat atau lebih popular dengan nama RELA. Mempunyai anggota seramai 33 orang, ahli RELA di sini bukan sahaja bertindak sebagai agen keselamatan penduduk, malah turut bergiat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan. Jika diadakan sebarang majlis perkahwinan dan majlis rasmi, mereka akan sama-sama turun padang untuk bergotong royong dan membantu mengawal lalu lintas.

Mereka juga sentiasa mengadakan mesyuarat di rumah ketua platun RELA, Ngateman Kastam untuk membincangkan cara terbaik untuk meningkatkan kawalan dan keselamatan masyarakat setempat. Rondaan secara berperingkat dan berkala dijangka dapat membantu mengurangkan kadar jenayah di sini. 

No comments:

Post a Comment